Tuesday, 8 April 2014

# kerana kematian itu satu kepastian..

               

" katakan lah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri daripadanya itu pasti akan menemuimu,dan kamu semua akan dikembalikan ke zat yang maha mengetahui segala yang ghaib dan nyata "

assalamualaikum

hari ni tergerak hati aku nak post pasal mati,sekarang kalau kau perasan mati ni tak kenal umur ,semua peringkat umur boleh temui ajal masing2 .baru2 ni aku baru dapat berita salah sorang junior aku meninggal dunia masa otw nak prgi sekolah ,dia baru lepas spm .alhamdulilah dia straight A .aku walau pun tak pernah la bertegur sapa dengan dia kat sekolah dulu .tapi apa yang aku tau dia memang budak yang baek .selalu la jugak jadi imam kat asrama .semoga dia ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.aminn ...

so sekarang,kita yang hidup ni macam mana pulak ?? bila pulak masa kita nak menghadap allah .mati tu salah satu rahsia allah yang kita tak tahu bila .sesiapa yang bertuah mungkin boleh rasa tanda tanda kematian ,tapi untuk orang yang macam aku ni .yang tak sempurna still lagi dikelilingi dosa mcm mne ?? .sekarang orang yang tengah maen bola tu pun boleh meninggal secara tiba2,even dalam tido pon kita boleh menemui ajal kita,sebab tu la kita disuruh ucap dua kalimah syahadah sebelum tido .sebab tu lah kita diwajibkan ingat mati .tapi kalau macam kita ingat mati tapi still lagi buat maksiat,macam mana tu ??

bayangkanlah kalau kita mati dalam keadaan yang tak elok ,excident dalam perjalanan pergi tempat yang tak elok,tak pon kita bohong parents kitacakap nak pergi keluar dengan kawan ,tapi kau pergi meroyan dengan buah hati kau.nasib tak baek kau meninggal masa tu ,apa kau nak jawab kat sana nanti ??amalan yang kita buat pon tak tentu allah terima lagi .ada orang solat lima waktu tak pernah tinggal ,tapi ada juga yang mati dalam keadaan hina tak pon tak sempat nak ucap 2 kalimah syahadah masa nyawa dicabut,kenapa??fikir fikir kan lah .

dan benda yang paling aku takut sekali bila kita dah minta ampun kat allah masa hidup kita,selalu solat taubat,tapi apa reaksi kau bila saat nyawa kau dicabut malaikat cakap yang semua amalan dan taubat kau selama ni tak diterima.ambik kau !nak jawab apa ??aku pon menggigil la jugak bila ada orang cakap macam tu,ntah bila riwayat aku tamat pun aku tak tau.jadi sama sama lah kita sedar cepat2 dan balek pada yang satu tu .

aku pernah dengar ceramah sorang ustaz ni,dye cakap salah satu sebab kenapa allah panjangkan umur kita sebab allah nak sedarkan diri kita betapa banyaknya dosa yang kita buat dan allah nak bagi peluang kita taubat .aku dah 19 tahun,bayangkan hidup 19 tahun banyak dosa aku ,kalau aku mati ntah mana tempat aku .macam mana pula mak cik pak cik yang umur 50-an.tapi masih lagi tempat kat disko,masih lagi meroyan semacam ,subhanallah,harap dia sedar .ada jugak orang yang 60-an,masa hidup dia tak pernah tinggal solat,selalu mengaji,selalu jadi imam waktu solat berjemaah ,tapi riak ?? kita sendiri tahu yang riak tu memang perangai yang allah benci,aku pon tak suka,kau nak pergi solat jemaah kat masjid pon boleh update status "otw to masjid,hari ni nak solat jemaah,yeayyy !! ".eah ! otak kau,kurang la pahala kau,untung kalau kurang ,kalau tak dapat langsung ??sia sia .

ok la .cukup aku membebel .sekarang apa aku nak share adalah perkara perkara yang kita bawak lepas mati abah selalu pesan lepas kita mati semua benda kita tinggalkan even kau ada bmw,wolkswagen bettle,kau kena tinggalkan ,tak de makne kau dikebumikan dalam tu.tapi hanya ada 3 perkara je yang akan iringi kau ,yang akan ikut kau ,yang akan teman kau
1. doa anak yang solehah
2  sedekah amal jariah
3 ilmu yang bermanfaat

DOA ANAK YANG SOLEHAH :
yang ni untuk sesiapa yang ada anak la,kesimpulan kat sini senang je,kau kena didik anak kau baek2.yang tak putus2 doakan anak kau,doa dia tu la yang tolong kau kat sana nanti

SEDEKAH AMAL JARIAH:
sedekah ni maksud aku adalah sedekah yang berterusan ,maksud aku selagi benda yang sedekahkan tu digunakan untuk benda2 yang baek,selagu tulah pahala akan dapat kat kau,contoh maca, kau derma baju kat orang atau kain pelekat ,dan orang tu gunakan baju yang kau gunakn baju tun untuk solat .dapat la pahala kau.satu lagi derma al quran dekat masjid or surau,selagi orang baca al quran tu selagi tulah kau akan dapat ganjaran .dan aku rasa yang paling better sekali apa kata setiap kali kau pergi masjid kau dermalah kat tabung at least rm1 pon jadi lah,sebab mungkin duit yang kau dermakan digunakan untuk baiki masjid atau bina masjid,kau bayang kanlah masjid tu ditubuhkan hasil dari derma kau.tak ke banyak pahala yang kau dapat.insyallah kalau diizinkan tuhan,amanlah kau kat SANA .tapi ingat derma tu niat ikhlas jangan lah riak.

ILMU YANG BERMANFAAT:
ilmu bermanfaat maksud aku adalah bila kau ajar seseorang tu tentang sesuatu yang dia tak tau benda tu nampak je kecik .tapi kalau kau ajar adik kau 1+1=2.kalau dia ingat sampai bila bila,dia ajar pulak dekat kawan dia.selagi ilmu yang ajar tu mengalir.selagu tu lah kau dapat ganjaran

tu je lah yang aku nak sharekan hari ni,harap apa yang aku sampaikan ni bermanfaat untuk semua orang.supaya kita ni umat islam ni sama sama jadi orang yang berjaya dan lebih bahagia di alam barzakh dan kehidupan di akhirat .amiinn..

katakanlah "lari itu sekali kali tidaklah berguna pada kamu,jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan,dan jika( kamu terhindar dari kematian),kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja "





No comments:

Post a Comment